Dua warga Indonesia dipenjara lapan bulan akibat lari dari tahanan
17 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 17 APRIL 2023
Dua tahanan warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di Kulai, Johor pada Isnin atas pertuduhan melarikan diri ketika dalam perjalanan dari Mahkamah Sesyen Kota Tinggi ke Penjara Ledang pada Selasa lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Tertuduh, Riki Ranaldi, 40, dan Haji Samirudin, 36 dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Azureen Sahari Sauffee Afandi.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com