Bekalan minyak masak paket cukup

Bekalan minyak masak paket yang dijual di Pasaraya Econsave Batu Berendam.
Bekalan minyak masak paket yang dijual di Pasaraya Econsave Batu Berendam.
A
A
A

MELAKA TENGAH - "Tiada isu bekalan minyak masak paket sekitar negeri ini bekurangan," tegas Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jaiya Abu, di sini hari ini.

Jaiya berkata, pemantauan khusus mengenai senario bekalan itu sentiasa dilakukan pihaknya dan setakat ini tidak menerima sebarang aduan berhubung kekurangan bekalan asas terbabit.

Menurutnya, beliau berharap orang ramai terutama pengguna tidak mudah mempercayai berita yang tidak sahih dan sekiranya berlaku situasi berkenaan mereka disarankan menyalurkan aduan kepada KPDNHEP.

"Tidak benar, dan insya-ALLAH bekalan itu akan mencukupi termasuk menjelang Ramadan tidak lama lagi," katanya.

Tinjauan Sinar Harian di Pasaraya Econsave Batu Berendam mendapati bekalan minyak paket itu ada dipamerkan di bahagian minyak masak.

Sementara itu, pengurus pasaraya berkenaan, Nazri Nasir berkata, setiap hari pihaknya mempamerkan minyak masak paket kepada pelanggan secara berperingkat supaya semua pelanggan dapat membeli bekalan itu.

"Apa pun bagi kami ia bergantung kepada kesedaran sivik pelanggan kerana sepatutnya peniaga atau pemborong tidak membeli minyak masak bersubsidi namun ada yang melakukannya dan kerana itu setiap kali kita letak bekalan itu ia cepat habis.

"Namun setiap hari kita akan berusaha memastikan bekalan itu tidak terputus dengan meletakkan secara berperingkat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!