Masih berduka selepas pemergian ibu 3 Ramadan lalu
25 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 25 APRIL 2023
Sambutan Syawal 10 beradik di Rumah Pangsa Skudai Kanan, Johor Bahru yang kebiasaannya meriah kini suram susulan masih berduka dengan pemergian ibu tercinta, Rozita Mohd Fauzi pada Ramadan ketiga, 25 Mac 2023 lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Bagaimanapun, baju raya berwarna biru cair menjadi pilihan 10 beradik itu untuk dipakai ketika menziarahi kubur arwah ayah dan ibu di pagi raya.
Difahamkan, sejak pemergian bapa mereka, Nordin Ahmad Mahat, yang meninggal pada tahun 2016 akibat penyakit darah tinggi, tanggungjawab mencari rezeki bagi keluarga tersebut dipikul anak sulung, Mohd Shahrul Efendy atau Along.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com