Fathia Latiff mohon maaf
SELEPAS mengambil keputusan membuka tudung dan menyindir netizen yang mempertikaikan keputusannya itu, pelakon, Fathia Latiff tampil memohon maaf menerusi status di Insta Stories laman Instagramnya, beberapa jam yang lalu.
Menurut selebriti berusia 32 tahun ini, dia menyedari kesilapan yang dilakukan dan akan lebih berhati-hati selepas ini.
"Saya ingin meminta maaf di sini atas kekhilafan diri saya sendiri. Saya tahu, ramai yang sedih dengan saya. Saya minta maaf sekali lagi.
"Saya tahu pemakaian tudung adalah wajib sebagai orang Islam.
"Saya meminta maaf atas kesilapan percakapan saya. Insya-Allah saya akan lebih berhati-hati selepas ini," tulisnya ringkas.
Dua hari lalu, Fathia tampil dengan imej tidak lagi bertudung dan mengakui keputusannya untuk bertudung sebelum ini dibuat kerana merasa kecewa dan murung.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!