Argentina tuan rumah B-20 ganti Indonesia

Infantino - Foto Agensi
Infantino - Foto Agensi
A
A
A

ARGENTINA akan mengambil alih tempat Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) pada 20 Mei sehingga 11 Jun depan.

Pengumuman itu dibuat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Selasa.

Dengan menjadi penganjur, Argentina turut mengambil bahagian mengisi tempat Indonesia.

Pasukan itu gagal layak berdasarkan merit.

Presiden FIFA, Gianni Infantino gembira dengan kesediaan Argentina itu.

"FIFA mengumumkan edisi Piala Dunia B-20 akan berlangsung di Argentina selepas juara dunia membuka pintunya kepada bintang bola sepak dunia masa hadapan," katanya.

FIFA pada bulan lalu menarik hak penganjuran daripada Indonesia selepas tercetus bantahan ke atas penyertaan Israel pada kejohanan tersebut.

Indonesia dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik serta memberikan sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestin.

Argentina menawarkan diri untuk menjadi pengganti.

FIFA melakukan lawatan dan pemeriksaan ke atas fasiliti di negara itu minggu lalu.

Undian bakal berlangsung di Zurich pada Jumaat ini.

Kerajaan Argentina sebelum itu melahirkan sokongan penuh kepada bidaan tuan rumah oleh Persekutuan Bolasepak Argentina (AFA) biarpun negara itu berdepan kekangan ekonomi.

Juara dunia Argentina adalah pasukan paling banyak menjuarai Piala Dunia B-20 iaitu sebanyak enam kali.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!