Fiza berang harga nasi goreng cekik darah!

Paparan Instagram Fiza Abdul Halim dan juga kenyataan pemilik restoran.
Paparan Instagram Fiza Abdul Halim dan juga kenyataan pemilik restoran.
A
A
A

"NASI goreng bo... macam ini jatuh sampai RM11?".

Itu luahan pelakon Fiza Abdul Halim yang memuatnaik status harga dua bungkus nasi goreng cina kosong dengan harga 'cekik darah' RM23.60.

Entri itu juga meminta netizen menilai harga makanan tersebut kerana ia tiada sayur mahupun ayam.

"Nasi goreng cina ini hanya ada nasi dan telur sahaja untuk kedua anak saya.

"Kedai telah mengenakan harga RM23.60???... terkejut saya dengar bila sepupu saya bawa balik nasi dengan bilnya sekali," katanya.

Menurutnya turut mempertikaikan harga tersebut terlalu mahal dan sepatutnya peniaga melihat terlebih dahulu makanan sebelum meletakkan harga.

"Takkan nasi goreng macam ini jatuh sampai RM11? Tengoklah makanan dulu sebelum nak kira kan...

"Gila ke apa hanya nasi dan telur harga dikenakan sampai macam ini. Pada pihak yang berkenaan tolong pantau pekerja-pekerja anda dan bagi saya tidak adil langsung," katanya meluahkan perasan di Instargamnya.

Artikel Berkaitan:

Status pelakon itu kemudiannya tular di media sosial hingga mendapat perhatian pemilik restoran tersebut.

Kata pemilik, pelanggan telah meminta nasi goreng tanpa ayam dan sayur dan staf turut memberi penjelasan bahawa harga adalah sama dalam menu walaupun tanpa lauk serta sayur.

Pelanggan telah bersetuju dan staf telah membungkus lauk dan sayur secara berasingan tetapi pelanggan dikatakan pulang semula bungkusan tersebut kepada staf dan membayar mengikut harga pada menu.

"Semua bukti ada ditangan kami... minta fiza perjelaskan perkara yg sebenar jangan buat spekulasi yang boleh menjejaskan reputasi kami.

"Kami mengalu-alukan komen dan pandangan daripada pelanggan kami... itulah tujuan kami mewujudkan akaun Instagram dan Facebook," katanya mengakhiri dengan kata-kata terima kasih.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!