Video letupan mercun di Bahau, kes tahun 2018

Tangkap layar video yang tular kembali di media sosial.
Tangkap layar video yang tular kembali di media sosial.
A
A
A

JEMPOL- Video tular memaparkan kejadian letupan mercun di hadapan sebuah bank di Bahau di sini merupakan video lama.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada jam lebih kurang 9.50 malam 14 Jun 2018.

"Tangkapan telah dibuat terhadap dua individu dan salah seorang telah pun dituduh di Mahkamah Bahau pada 31 Oktober 2018.

"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya dalam kenyataan kepada media pada Selasa.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan tidak menularkan semula video lama atau berita tidak tepat di media sosial.

Menurutnya, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati sengaja mensensasikan isu berkenaan yang jelas boleh mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Pada Jumaat lalu, tular video berdurasi 3.27 saat bertajuk 'Bahau negeri 9 kedai mecoh terbakar' yang memaparkan letupan mercun di hadapan sebuah bank di Bahau yang dimuat naik oleh seorang individu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!