Terowong tertinggi di dunia dibuka di Tibet
LHASA - TIBET. [DIKEMASKINI] Terowong tertinggi di dunia dengan ketinggian lebih 4,750 meter dari aras laut di barat daya wilayah Autonomi Tibet, China dibuka kepada lalu lintas semalam.
Terowong dua hala sepanjang 5.7 kilometer (km) itu merupakan sebahagian daripada lebuh raya yang menghubungkan ibu kota Lhasa dengan Nyingchi di tenggara Tibet.
Pembinaan bermula pada 2015 di Gunung Mila, setinggi 5,018 meter akan memendekkan jarak perjalanan daripada 18km kepada 5.7km. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!