Pernas santuni anak yatim, bantu asnaf buat persiapan raya

A
A
A

Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin (tengah) bersama Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pernas,Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek (dua dari kiri), Pengurus Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim Damai Kuang Selangor, Muhamad Syafiq Suhaimi (kiri), dan Pengasas Bersama Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur, Suzana Jaafar(kanan), bersama anak-anak yatim pada sesi penyampaian replika cek sumbangan berjumlah RM46,500.

SHAH ALAM - Bagi meraikan kedatangan Syawal, Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menyantuni anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim Damai Kuang Selangor dan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.

Pernas yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) meraikan seramai 80 orang anak-anak yatim dengan peruntukan belanjawan sebanyak RM45,600 untuk pembelian keperluan perayaan seperti baju raya, songkok, tudung, kasut serta duit raya berjumlah RM100 seorang.

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Program Sinar Ramadan ini adalah sebagai tanda keprihatinan syarikat untuk membantu golongan anak-anak yatim tentang persediaan dan keperluan masyarakat yang memerlukan khususnya anak-anak yatim untuk persiapan menyambut bulan Syawal.

Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin, berkata,Pernas komited melaksanakan program-program CSR melalui tiga terasnya iaitu keusahawanan, pendidikan dan kebajikan masyarakat.

Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin (berdiri) bersama anak-anak yatim ketika Majlis Berbuka Puasa Sinar Ramadan Pernas 2023, di sini.
Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin (berdiri) bersama anak-anak yatim ketika Majlis Berbuka Puasa Sinar Ramadan Pernas 2023, di sini.

“Pada Mac lalu, Pernas telah melaksanakan CSR bersama SMK Seri Pantai yang merupakan sekolah angkat Pernas bagi membantu murid-murid asnaf menyediakan persiapan persekolahan.

“Dan hari ini merupakan inisiatif CSR kedua Pernas menyantuni anak-anak yatim dengan program berbuka puasa dan menyumbang kelengkapan perayaan serta duit raya,”katanya di sini, hari ini.

Selain Program CSR Sinar Ramadan, Pernas juga merancang beberapa inisiatif CSR yang akan dilaksanakan pada tahun ini bagi membantu golongan yang memerlukan.

Hadir sama pada program tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pernas,Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek, Pengurus Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim Damai Kuang Selangor, Muhamad Syafiq Suhaimi, dan Pengasas Bersama Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur, Suzana Jaafar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!