Gempa bumi kuat landa Kepulauan Fiji

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Selatan Kepulauan Fiji pada 12.31 tengah hari Selasa.

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi dengan kedalaman 582 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 484km selatan dari Laucala, Fiji.

Bagaimanapun, penilaian awal menunjukkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!