Sarjan ditahan disyaki minta rasuah

Suspek diringi pegawai SPRM ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh untuk perintah reman pada Selasa.
Suspek diringi pegawai SPRM ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh untuk perintah reman pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Seorang anggota polis berpangkat sarjan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah.

Suspek berusia 44 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Temerloh jam 6.45 petang pada Isnin.

Berdasarkan siasatan, anggota polis terbabit disyaki meminta rasuah berbentuk barang kemas ( gelang emas) daripada seorang individu sebagai balasan agar anak saudaranya menarik balik laporan polis berkaitan kes pukul terhadap pengadu.

Suspek yang bertugas di bahagian siasatan jenayah didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 2 petang di sebuah restoran makanan segera di Taman Chengal, Temerloh pada 15 April lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh pada Selesa untuk perintah reman.

Majistret Mohamed Shah Reza Noor Azman membenarkah perintah reman terhadap suspek selama enam hari sehingga Ahad ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!