KPT rai 10 anak petugas media cemerlang

Seramai 10 orang anak petugas media yang cemerlang dirai KPT dalam majlis di sini pada Selasa.
Seramai 10 orang anak petugas media yang cemerlang dirai KPT dalam majlis di sini pada Selasa.
A
A
A

PETALING JAYA - Buat julung kalinya, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi sumbangan RM1,000 ke dalam akaun Simpan SSPN Prime kepada 10 orang anak petugas media yang cemerlang dalam akademik.

Sumbangan itu disampaikan oleh Menteri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Majlis Tautan Kasih yang turut meraikan 170 pengamal media di sebuah hotel di sini pada Selasa.

Puteri Nur Baheera Muhammad Rafique,12, yang merupakan anak kepada wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan antara yang terpilih menerima sumbangan tersebut.

Puteri Nur Baheera (tengah) menerima replika sumbangan Simpan SSPN Prime daripada Mohamed Khaled (dua dari kiri).
Puteri Nur Baheera (tengah) menerima replika sumbangan Simpan SSPN Prime daripada Mohamed Khaled (dua dari kiri).

Menerusi kenyataan, kementerian itu berharap agar sumbangan tersebut dapat meningkatkan motivasi pembelajaran, membantu golongan yang memerlukan dalam aspek pendidikan dan menggalakkan penabungan melalui Simpan SSPN.

Ia sekali gus meningkatkan imej positif Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai agensi di bawah KPT.

Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif serta simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!