Tempahan hotel di Kelantan penuh sepanjang Aidilfitri
KOTA BHARU - Tempahan hotel di negeri ini sudah penuh sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bermula hujung minggu ini.
Perkara tersebut diakui oleh Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Kelantan Maimun Mohd Hussain.
"Semua 18 buah hotel yang bernaung di bawah MAH Kelantan sudah penuh.
"Situasi itu membantu pihak kami untuk 'bernafas' dalam suasana ekonomi hari ini," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Tempahan hotel menjadi trend terbaharu dalam kalangan perantau yang pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman.
Tindakan itu dipercayai bertujuan mengurangkan 'kesesakan' di rumah ibu bapa masing-masing apabila semua adik beradik berkumpul.
Pada masa sama ramai yang memilih pendekatan itu bertujuan untuk menjaga aurat antara ipar-duai.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!