Cuaca panas beri rezeki lebih buat peniaga barangan elektrik
Orang ramai terpaksa mencari alternatif mengharungi tempoh cuaca panas
KUANTAN - Alat penyaman udara dan kipas angin menjadi item terlaris di kedai-kedai barangan elektrik ekoran cuaca panas ketika ini.
Rata-rata peniaga di daerah ini mengakui peningkatan permintaan terhadap dua peralatan itu 100 peratus sejak dua minggu lalu, berbanding hari-hari sebelumnya.
Pekerja sebuah kedai peralatan elektrik di Jalan Tun Ismail di sini, Umar Mohd Najib, 29, berkata, peningkatan terhadap penyaman udara dan kipas di kedainya meningkat sejak awal April lalu dan naik mendadak kebelakangan ini.
Menurutnya, rata-rata pelanggan mengakui terpaksa membeli peralatan itu kerana tidak tahan dengan cuaca panas.
* Baca laporan penuh di Sinar Premium
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!