Seorang maut, enam cedera bangunan parkir runtuh
NEW YORK - Seorang dilaporkan terkorban selepas bangunan parkir runtuh di New York, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.
Menurut seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat New York, enam lagi cedera dalam kejadian itu.
Jelasnya, tingkat dua bangunan parkir tersebut runtuh menyebabkan mangsa di tingkat satu terperangkap.
Usaha mencari dan menyelamat bagi mencari mangsa masih diteruskan namun bangunan berkenaan diisytiharkan 'sangat tidak stabil', menurut Datuk Bandar New York, Eric Adams.
Anggota bomba dibantu anjing pengesan, dron dan robot untuk mengalih runtuhan bangunan bagi memberi akses kepada penyelamat.
Setakat ini pihak berkuasa tidak menerima laporan terdapat mangsa yang hilang dalam kejadian itu. - Awani
FDNY officials provide an update on a parking garage collapse in Lower Manhattan https://t.co/nTinhAuMZy
— FDNY (@FDNY) April 18, 2023
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!