IWK terpilih finalis Anugerah Air Global 2023

IWK catat sejarah apabila terpilih sebagai finalis bagi Anugerah Air Global 2023 di bawah kategori ‘Public Water Agency Of The Year.
IWK catat sejarah apabila terpilih sebagai finalis bagi Anugerah Air Global 2023 di bawah kategori ‘Public Water Agency Of The Year.
A
A
A

SHAH ALAM - Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd mencatat sejarah apabila terpilih sebagai finalis bagi Anugerah Air Global 2023 di bawah kategori ‘Public Water Agency Of The Year.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam berkata, pemilihan itu adalah pengiktirafan kepada pencapaian syarikat dalam membawa industri air antarabangsa, sisa air dan penyahgaraman khususnya bidang teknologi inovatif, prestasi dan inisiatif ekonomi pekeliling.

"Anugerah ini mewakili pencapaian negara di peringkat global selain mengiktiraf kemajuan IWK dalam melaksanakan pelan hala tuju untuk untuk mencapai kecemerlangan operasi dan kelestarian alam sekitar.

"Kami berbesar hati apabila terpilih sebagai finalis dan ditempatkan bersama syarikat global yang lain.

"Ia bukti bahawa IWK sentiasa mengurus dan mengekalkan sistem pembentungan yang cekap di Malaysia selain ke arah pengurusan air sisa lebih holistik," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Narendran, pada tahun 2022, IWK memulakan siri kemampanan dengan mengguna pakai teknologi dan amalan hijau dalam rantaian nilainya untuk menjadi lebih daripada sebuah syarikat pembetungan,

"Kami menjana tenaga 5MWj sehari daripada biogas sebagai hasil sampingan daripada proses rawatan air sisa kumbahan.

"Untuk meningkatkan skala dalam penjanaan tenaga, ia boleh diperbaharui dan mengurangkan pelepasan karbon.

"IWK telah mengenal pasti 900 tapak untuk memasang panel solar pada bumbung dan tangki loji untuk menjana elektrik," jelasnya.

Beliau turut menjelaskan, syarikat juga menghasilkan bioefluen daripada loji rawatan kumbahan sebelum dilepaskan ke sungai dan alam sekitar.

"Melalui pelbagai perkongsian dengan pengendali air tempatan, potensi keseluruhan IWK untuk menghasilkan semula bioefluen berjumlah 300 juta liter sehari (MLD)," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!