Tentera Israel serang nenek Palestin
RAMALLAH - TEBING BARAT. Sekumpulan peneroka haram Yahudi yang diiringi tentera Israel menyerang petani dan pengembala Palestin di bandar Yatta di selatan Al-Khalil semalam.
Pegawai tempatan, Rateb Al-Jabour berkata, konfrontasi tersebut berlaku di perkampungan At-Tiwana.
Susulan itu berlaku pertempuran antara penduduk tempatan dan pendatang terbabit.
Kata Al-Jabour semasa kekecohan tersebut, tentera Israel mengambil tindakan kekerasan dengan melepaskan gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin.
"Salah satu tembakan gas pemedih mata dilepaskan tentera Zionis terkena dada seorang wanita tua Palestin," katanya.
Mangsa dikenali sebagai Khadra Salman Rib'ey.
Khadra, 70, mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital berdekatan bagi rawatan lanjut.
Pendatang Yahudi kerap menyerang petani dan pengembala Palestin dalam usaha menghalau mereka daripada tanah yang didiami di Al-Khalil.
Kehadiran mereka sering diiringi pasukan keselamatan Israel. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!