Semakan keputusan rayuan tawaran SBP, SMKA esok

Seramai 1,783 murid Tingkatan 1 dan 404 murid Tingkatan 4 ditawarkan ke SBP. - Foto fail Bernama
Seramai 1,783 murid Tingkatan 1 dan 404 murid Tingkatan 4 ditawarkan ke SBP. - Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Semakan keputusan rayuan penawaran serta penempatan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) boleh dibuat mulai Khamis.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan semakan keputusan boleh dibuat melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatkan 1 dan https://spskt4.moe.gov.my untuk Tingkatan 4.

Bagi kategori rayuan ini, seramai 1,783 murid Tingkatan 1 dan 404 murid Tingkatan 4 telah ditawarkan ke SBP, manakala 1,886 murid Tingkatan 1 dan 971 murid Tingkatan 4 ditawarkan ke SMKA.

"KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang berjaya ditawarkan dan selamat maju jaya," kata kementerian itu pada Rabu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!