Zaini Ujang dilantik KSU Kementerian Sumber Manusia
PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Zaini Ujang dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Sumber Manusia berkuat kuasa pada Rabu, umum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Zaini, 58, yang memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 6 Ogos 1988 sebelum memegang jawatan pegawai tadbir dan diplomatik pada 1 Oktober 2011, pernah berkhidmat sebagai KSU Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Alam Sekitar dan Air.
Mohd Zuki dalam kenyataan berkata, Zaini berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sumber manusia, pendidikan, perancangan, penyelidikan dan alam sekitar khususnya teknologi air.
"Semoga dengan pelantikan ini beliau dapat merealisasikan visi kementerian sebagai ‘Peneraju Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia Negara’,” katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!