Mayat nelayan ditemui selepas empat hari hilang

Mayat Mohammad Khairuldin dibawa ke Jeti Kukup Air Masin Serkat selepas ditemui terapung oleh nelayan pada kedudukan 4.4 batu nautika dari Pulau Kukup pada Rabu.
Mayat Mohammad Khairuldin dibawa ke Jeti Kukup Air Masin Serkat selepas ditemui terapung oleh nelayan pada kedudukan 4.4 batu nautika dari Pulau Kukup pada Rabu.
A
A
A

PONTIAN - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu, selepas turun ke laut melalui Jeti Kukup Air Masin, Serkat ditemui dalam keadaan terapung pada pagi Rabu

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, mangsa, Mohammad Khairuldin Khaled, 36 ditemui nelayan pada kedudukan 4.4 batu nautika dari Pulau Kukup pada jam 9.36 pagi.

"Kehilangan Mohamad Khairuldin sebelum itu dimaklumkan dua rakan mangsa kepada adik mangsa yang memberitahu mangsa tidak pulang setelah turun ke laut melalui jeti Kukup Air Masin, Serkat jam 11 malam Ahad lalu.

"Adik mangsa cuba menghubungi abangnya namun gagal sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Permas, Pontian Isnin lalu," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurut beliau, bertindak atas laporan yang diterima itu, polis menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dibantu Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

"Susulan penemuan mayat mangsa itu, polis menemui kad pengenalan milik Mohamad Khairuldin di dalam beg silang dipakai mangsa selain pengecaman dilakukan oleh ahli keluarga mangsa.

"Bagaimanapun tiada bot yang dinaiki mangsa ditemukan di kawasan mayat mangsa ditemui," katanya.

Ujarnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pontian untuk bedah siasat dan kes setakat ini diklasifikan sebagai kematian mengejut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!