Sukarelawan pertahanan maut ditembak di Pattani

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PATTANI - Seorang sukarelawan pertahanan maut ditembak ketika dalam perjalanan ke surau di Panare, Pattani dalam insiden kira-kira jam 8 malam (waktu tempatan) pada Selasa,

Mangsa yang berusia 41 tahun itu dalam perjalanan ke surau untuk mengimamkan solat tarawih.

Ketua Polis Daerah Panare Pol. Kol. Chaiwat Panboonthong berkata, mangsa ditembak kira-kira 200 meter dari masjid oleh dua lelaki menaiki motosikal.

"Menurut saksi, mangsa ditembak jarak dekat selepas azan tamat.

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan penembak telah merampas pistol mangsa dan melepaskan tembakan pada bahagian kepala mangsa. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya pada satu sidang akhbar pada Rabu.

Beliau menambah bahawa terdapat 10 kesan tembakan di bahagian badan dan kepala mangsa.

Polis masih menyiasat motif kejadian, katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!