Berhabis puluhan ribu ubah suai kenderaan

Motosikal yang diubahsuai dengan kos ribuan ringgit tanpa mengunakan brek belakang selain penggunaan tayar sotong dan ekzos bising.
Motosikal yang diubahsuai dengan kos ribuan ringgit tanpa mengunakan brek belakang selain penggunaan tayar sotong dan ekzos bising.
A
A
A

KAJANG - Biar pun menyedari duit puluhan ribu yang dihabiskan untuk ubah suai kenderaan secara salah, namun itu dianggap satu kepuasan.

Bercerita kepada Sinar Harian, pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Rafi, 20-an berkata, dia menghabiskan kira-kira RM20,000 untuk sebuah motosikal miliknya jenis Yamaha Y15ZR.

“Saya ubah suai moto luar dan dalam termasuk enjin. Motosikal ini saya beli pada tahun 2019 dan kondisinya standard waktu itu.

“Bila minat tengok motosikal, saya ambil keputusan untuk ubah suai dengan cara saya sendiri. Saya hantar motosikal pada rakan dan boleh kata habis dalam RM20,000 dengan menambah kelajuan hingga 180/km,” katanya.

Menurut Rafi, bagi menambah kepuasan, dia juga menggunakan tayar sotong tanpa brek belakang.

Namun, dia tahu risiko bahaya yang akan dihadapinya.

“Saya ada pomen (mekanik) sendiri. Kami ada juga group (kumpulan) yang akan bergerak biasanya pada hari minggu,” ujarnya.

Seorang lagi pemuda yang mahu dikenali sebagai Azfar, 20-an berkata, dia telah menghabiskan sebanyak RM40,000 untuk sebuah motosikal miliknya jenis Yamaha LC135.

"Motosikal ini saya ubah suai dengan spesifikasi seperti tayar sotong, tiada brek belakang dan kelajuan enjin.

“Biasanya motosikal ini untuk autoshow dan jarang jalan. Ikut hati ini antara kepuasan dapat spare part macam ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!