Bekalan telur ayam cukup sempena Aidilfitri
PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjangkakan bekalan telur ayam bagi sambutan Aidilfitri tahun ini adalah mencukupi dan memenuhi keperluan.
DVS dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya sentiasa meneliti status bekalan telur ayam secara berterusan dari semasa ke semasa, bagi memastikan bekalan telur ayam yang diambil oleh rakyat Malaysia dengan kadar penggunaan purata sebanyak 942 juta biji setiap bulan tidak terputus.
"Selain itu, turut dilaksanakan program intervensi dalam pengedaran telur ayam dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memastikan bekalan sumber protein itu boleh diperolehi di seluruh negara sepanjang Aidilfitri ini," katanya.
Menurut kenyataan itu, DVS sentiasa komited dalam memastikan bekalan telur ayam negara terus stabil dan sentiasa prihatin terhadap keperluan serta kebajikan rakyat Malaysia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!