Trafik dijangka sesak di Woodlands, Tuas sempena Aidilfitri

Singapura menjangkakan keadaan trafik padat di kedua-dua pusat pemeriksaan darat Woodlands dan Tuas menjelang dan semasa Aidilfitri. - Foto fail Awani
Singapura menjangkakan keadaan trafik padat di kedua-dua pusat pemeriksaan darat Woodlands dan Tuas menjelang dan semasa Aidilfitri. - Foto fail Awani
A
A
A

SINGAPURA - Singapura menjangkakan keadaan trafik padat di kedua-dua pusat pemeriksaan darat Woodlands dan Tuas menjelang dan semasa Aidilfitri.

"Trafik dijangka sesak antara Khamis (20 April) dan Isnin (24 April).

"Mereka yang ingin ke Malaysia atau memasuki Singapura melalui pusat pemeriksaan darat dengan menaiki kereta atau bas dinasihatkan supaya mengambil kira masa menunggu tambahan untuk pelepasan imigresen,” menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) dalam laman sesawangnya hari ini.

Menurut ICA, aliran trafik melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas telah kembali ke tahap sebelum COVID-19 pada waktu puncak.

Semasa cuti Hari Raya Puasa pada 2018, lebih 1.5 juta pengguna melalui pusat pemeriksaan darat, dengan purata kira-kira 380,000 pengguna dalam masa sehari.

Masa menunggu untuk melepasi pusat pemeriksaan darat Singapura dengan kereta dijangkakan sehingga tiga jam.

Umat Islam di Singapura dan Malaysia akan meraikan Aidilfitri pada Sabtu (22 April). - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!