Biden dijangka umum tanding semula Pilihan Raya Presiden minggu depan
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dilaporkan akan mengumumkan keputusan untuk bertanding semula pada minggu depan, lapor Xinhua.
Beberapa media di AS termasuk The Washington Post, The Associated Press dan Bloomberg, melaporkan berita itu pada Khamis.
Bagaimanapun, Rumah Putih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung laporan itu.
Sebelum ini, Biden, 80, telah berulang kali menyuarakan hasratnya untuk bertanding semula, namun pengumuman rasmi mengenainya belum dibuat sehingga kini.
Pilihan raya presiden AS 2024 dijadualkan pada 5 November 2024. - Bernama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!