Sudan: RSF umum gencatan senjata sempena Aidilfitri
Pertempuran meletus pada Sabtu lalu antara Tentera Sudan (SAF) dan RSF di Khartoum dan kawasan sekitar. - Foto EPA
A
A
A
"Gencatan senjata itu bertepatan dengan Aidilfitri yang penuh barakah... dan membuka koridor kemanusiaan untuk memindahkan penduduk serta memberi peluang untuk menyambut hari raya bersama keluarga mereka,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan RSF di Twitter.
Dalam kenyataan itu, RSF turut mengesahkan komitmen mereka terhadap gencatan senjata itu.
Pertempuran meletus pada Sabtu lalu antara Tentera Sudan (SAF) dan RSF di Khartoum dan kawasan sekitar.
RSF menuduh SAF menyerang tenteranya di selatan Khartoum. Pihak SAF pula mendakwa RSF menyebarkan pembohongan dan melabelkan pasukan separa tentera itu sebagai "pemberontak".
Sudan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sejak Oktober 2021, selepas tentera memecat kerajaan peralihan pimpinan Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat. - Bernama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!