Gempa sederhana landa Utara Laut Maluku, Indonesia

Gempa bumi sederhana berlaku di Utara Laut Maluku pada jam 6.21 petang, Jumaat. - Foto MetMalaysia
Gempa bumi sederhana berlaku di Utara Laut Maluku pada jam 6.21 petang, Jumaat. - Foto MetMalaysia
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter dikesan berlaku di Utara Laut Maluku, Indonesia pada 6.21 petang Jumaat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 161 kilometer (km) selatan dari Pulau Talaud, Indonesia dengan kedalaman 80km.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!