Aidilfitri: Santuni mereka yang kurang bernasib baik - Muhyiddin

Muhyiddin - Foto Bernama
Muhyiddin - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Umat Islam diharap dapat menyantuni mereka yang kurang bernasib baik sempena Aidilfitri ini.

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam keadaan gembira menyambut lebaran jangan dilupakan insan yang kurang bernasib baik.

Tambahnya, Aidilfitri merupakan hari kemenangan untuk seluruh umat Islam setelah sebulan berpuasa sambil melaksanakan ibadah sunat dan menahan diri daripada melakukan perkara yang ditegah.

“Semoga ALLAH SWT menerima amalan di sepanjang Ramadan dan mengampuni dosa-dosa kita dan seterusnya menjadikan insan yang lebih baik.

“Saya doakan anda semua tiba di kampung halaman dengan keadaan yang selamat insya-ALLAH. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin daripada saya sekeluarga,” ujarnya dalam satu hantaran video di Facebook pada Jumaat.

Tambah Muhyiddin, dalam kemeriahan menyambut Syawal, pengguna lebuh raya juga diharap dapat pulang dengan selamat di kampung halaman masing-masing.

“Kepada yang yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman berhati-hati memandu dan sentiasa berwaspada serta utamakan keselamatan di jalan raya,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!