Bilik simpanan kucing di kediaman TPM terbakar
KAJANG - Bilik simpanan kucing di kediaman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Country Heights di sini terbakar pada Sabtu.
Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dan BBP Bangi dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 1.30 petang.
"Kebakaran melibatkan bahagian bilik simpanan kucing sebuah rumah banglo dua tingkat milik Timbalan Perdana Menteri.
"Keluasan yang terjejas akibat terbakar sebanyak 15 peratus," katanya pada Sabtu.
Beliau berkata, api berjaya dipadamkan pihak bomba dan tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.
Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!