Aliran trafik petang hari raya pertama perlahan

Aliran trafik menuju ke Plaza Tol Gombak dilihat agak sesak susulan orang ramai memulakan pergerakan untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri. - Foto Bernama
Aliran trafik menuju ke Plaza Tol Gombak dilihat agak sesak susulan orang ramai memulakan pergerakan untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik pada 1 Syawal menyaksikan beberapa lebuh raya utama bergerak perlahan setakat jam 5 petang ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Sungai Buloh ke Rawang disebabkan kemalangan di kilometer (KM) 449.9 pada jam 1.25 tengah hari tadi.

"Trafik turut perlahan dari arah utara di Bandar Ainsdale ke Nilai susulan kemalangan di KM 264.7 pada 3.56 petang, namun hanya lorong kecemasan terhalang,” katanya.

Selain itu, aliran trafik dari Kuala Lumpur menuju Tol Gombak sesak dengan orang ramai yang memilih untuk memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman hari ini.

LLM menerusi ciapan di Twitter memaklumkan trafik di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) turut perlahan dari arah utara sebelum susur keluar Tol Kuala Terengganu sejak jam 2.54 petang tadi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!