Alam Flora anjur 'Eco Race: Zero Carbon Challenge' guna LRT
PETALING JAYA - Seramai 120 peserta menyertai pertandingan 'Eco Race: Zero Carbon Challenge' yang berkonsepkan mesra alam bagi menanam budaya untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida ke atmosfera.
Program anjuran Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) menerusi Kelab Rekreasi dan Kebajikan Alam Flora (KRKAF) serta Jabatan Kesihatan dan Pekerjaan Alam Flora bersama Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) itu dijalankan di 10 stesen Transit Aliran Ringan (LRT) bermula di Ara Damansara sehingga ke Pasar Seni hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan berkata, program tersebut merupakan kali keempat diadakan, namun buat julung kali melibatkan penggunaan LRT sepenuhnya.
Beliau berkata, ia sangat berbeza dengan pertandingan-pertandingan terdahulu yang mana sebelum ini, kesemua peserta terdiri daripada kakitangan Alam Flora menggunakan kenderaan persendirian untuk menyelesaikan tugasan diberikan.
"Tapi kali ini atas kesedaran untuk mengurangkan 100 peratus pembebasan gas karbon dioksida bagi menjaga alam sekitar, kita bekerjasama dengan Prasarana bagi menjayakan misi tersebut dengan menggunakan LRT.
"Saya melihat ini sebagai langkah yang baik bukan sahaja untuk mendidik kakitangan Alam Flora, malah seluruh rakyat Malaysia tentang kepentingan serta tanggungjawab mereka untuk menjaga alam sekitar," katanya pada sidang akhbar selepas sesi 'flag off' kesemua peserta pertandingan di LRT Ara Damansara, di sini, hari ini.
Katanya, beliau berharap peserta juga dapat melihat penggunaan LRT bukan saja sebagai pengangkutan awam semata tapi juga pendekatan atau antara kaedah terbaik dalam usaha untuk mengurangkan pembebasan karbon itu sendiri.
Mohd Zain berkata, menerusi pertandingan ini, peserta perlu menyelesaikan cabaran di setiap lokasi yang berkaitan dengan konsep mesra alam sekitar seperti konsep pendigitalan dengan penggunaan QR code untuk mempromosikan pengurangan penggunaan kertas serta mempamerkan beberapa peralatan mesra alam yang kini digunakan Alam Flora dan DRB-Hicom Environmental Services Sdn Bhd (DHES) kerana tidak menggunakan petrol.
"Para peserta perlu menyelesaikan kesemua tugasan diberikan dan kembali semula ke LRT Ara Damansara. Bagi pemenang tempat pertama, hadiah ditawarkan berjumlah RM1,500, tempat kedua RM1,000 dan tempat ketiga tunai sebanyak RM800," katanya.
Katanya, pertandingan sama akan terus dianjurkan pada masa akan datang dan mungkin diperluaskan dengan penyertaan orang awam.
#alamflorasdnbhd #ecoracezerocarbonchallenge #prasaranamalaysiaberhad Laporan MOJO Sinar Harian Selangor: HASNIZA HUSSAIN PETALING JAYA - Seramai 120 peserta menyertai pertandingan 'Eco Race: Zero Carbon Challenge' yang berkonsepkan mesra alam bagi menanam budaya untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida (CO2) ke atmosfera. Program anjuran Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) menerusi Kelab Rekreasi dan Kebajikan Alam Flora (KRKAF) serta Jabatan Kesihatan dan Pekerjaan Alam Flora bersama Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) itu dijalankan di 10 stesen Transit Aliran Ringan (LRT) bermula di Ara Damansara sehingga ke Pasar Seni, hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan berkata, program tersebut merupakan program kali keempat diadakan, namun buat julung kali melibatkan penggunaan LRT sepenuhnya. https://www.sinarharian.com.my/article/25552/EDISI/Selangor-KL/Alam-Flora-anjur-Eco-Race-Zero-Carbon-Challenge-guna-LRT
Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Saturday, April 27, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!