Tol percuma tamat semalam, seterusnya Isnin ini - LLM

Pengguna diingatkan agar memastikan baki kad Touch n Go dan e-Wallet adalah mencukupi sebelum memasuki lebuh raya.
Pengguna diingatkan agar memastikan baki kad Touch n Go dan e-Wallet adalah mencukupi sebelum memasuki lebuh raya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tol percuma bagi semua jenis kelas kenderaan di 33 lebuh raya seluruh negara sempena Aidilfitri yang bermula 19 April tamat semalam.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), dalam satu kenyataan menerusi Facebook malam ini, memaklumkan tol percuma selanjutnya adalah pada Isnin ini iaitu 24 April.

"Sehubungan itu pastikan baki kad Touch n Go dan e-Wallet anda adalah mencukupi sebelum memasuki lebuh raya,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Selasa lalu, mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan Tol Rahmah percuma selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 19 April hingga 21 April dan juga pada 24 April. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!