MB Selangor beri kata semangat buat Khalid Ali

Amirudin (kanan) menziarahi Khalid dan isterinya bagi mengambil keberkatan Aidilfitri ini.
Amirudin (kanan) menziarahi Khalid dan isterinya bagi mengambil keberkatan Aidilfitri ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menziarahi legenda bola sepak negara, Khalid Ali yang disahkan menghidap barah paru-paru.

Amirudin berkata, kunjungan itu dilakukan sempena mengambil keberkatan Aidilfitri ini yang menggalakkan umat Islam menziarahi antara satu sama lain.

"Sambil ditemani isteri beliau, saya memberi kata-kata semangat dan bertanyakan situasi terkini rawatan.

"Saya mendoakan agar Khalid diberi kekuatan dan kesembuhan, Insya-ALLAH. Semoga kita sama-sama mendoakan beliau," katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Ahad.

Khalid sebelum ini beraksi di posisi tengah merupakan bekas pemain kebangsaan pada era 1970-an.

Khalid yang pernah mencipta nama bersama Selangor meraih beberapa pencapaian terbaik dan pernah membantu Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!