Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama pagi ini
KUALA LUMPUR - Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama setakat 10.30 pagi Ahad berikutan pertambahan kenderaan sempena sambutan Aidilfitri yang memasuki hari kedua.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, trafik mula perlahan sebelum Plaza Tol Gombak dari arah Batu Caves dan bilangan kenderaan dijangka bertambah menjelang tengah hari.
Trafik menuju ke utara dilaporkan perlahan dari Slim River ke Tapah dan situasi sama juga ke arah selatan dari Seremban ke Pedas Linggi serta Southville ke Nilai.
Sementara itu, trafik turut dilaporkan perlahan dari Kulai ke Sedenak.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!