Penduduk, perantau anjur tahlil perdana di tanah perkuburan

Lebih 1,000 penduduk dan perantau menganjurkan tahlil perdana di kawasan perkuburan Kampung Baloh, Kok Lanas, Kota Bharu pada Ahad.
Lebih 1,000 penduduk dan perantau menganjurkan tahlil perdana di kawasan perkuburan Kampung Baloh, Kok Lanas, Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Lebih 1,000 penduduk dan perantau menganjurkan tahlil perdana di kawasan perkuburan Kampung Baloh, Kok Lanas di sini pada Ahad.

Wakil perantau, Alias Abdullah atau Dj Alias berkata, majlis tersebut merupakan acara tahunan mereka setiap kali Hari Raya Aidilfitri kedua.

"Selain mengirimkan pahala kepada ahli keluarga dan penduduk yang telah meninggal dunia, majlis tersebut merupakan salah satu usaha mengeratkan hubungan antara perantau dengan penduduk.

"Bukan itu sahaja, ia juga merupakan inisiatif kami untuk memastikan generasi hari ini termasuklah perantau mengenali pusara ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia," katanya.

Menurut Dj Alias dari Dihatiku FM pada masa sama mereka turut mengumpulkan duit raya dan mengagihkannya kepada semua yang hadir tanpa mengira peringkat umur.

Ujarnya, diharap amalan tersebut akan menjadi contoh kepada generasi muda dan terus kekal selamanya.

Beliau memberitahu, setiap kali Syawal, hari raya kedua sangat dinanti-nantikan oleh mereka untuk berkumpul dan bermaaf-maafan.

"Hendak menziarahi kesemua rumah di kampung ini mengambil masa yang agak panjang.

"Jadi peluang ini digunakan sebaik mungkin untuk bersua muka dan meraikan hari lebaran," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!