Anwar ziarah Rohana Jalil di hospital

Anwar meluangkan masa menziarahi penyanyi era 80-an, Rohana Jalil yang sedang dirawat di ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM. - Foto Facebook Anwar
Anwar meluangkan masa menziarahi penyanyi era 80-an, Rohana Jalil yang sedang dirawat di ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM. - Foto Facebook Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi penyanyi era 80-an, Rohana Jalil yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada Jumaat lepas.

Anwar menerusi catatan di Facebook pada Ahad memaklumkan, Rohana mengalami kebocoran usus dan tahap kesihatannya masih dipantau pasukan perubatan.

Perdana Menteri turut mengambil peluang menziarahi Adzis Ismail, rakan beliau sewaktu menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang sedang menjalani dialisis akibat masalah kesihatan yang dialami, di hospital sama.

Anwar turut mengambil peluang menziarahi Adzis yang sedang menjalani dialisis akibat masalah kesihatan yang dialami, di hospital sama. - Foto Facebook Anwar
Anwar turut mengambil peluang menziarahi Adzis yang sedang menjalani dialisis akibat masalah kesihatan yang dialami, di hospital sama. - Foto Facebook Anwar

"Saya mendoakan kedua-dua mereka dikurniakan aafiyah (kesihatan), insya-Allah,” kata Anwar.

Media sebelum ini melaporkan Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil, 68, dimasukkan ke hospital itu pada Selasa, sebelum selamat menjalani pembedahan pada keesokannya bagi merawat kebocoran pada usus.

Difahamkan ibu kepada pelakon Kilafairy itu sudah dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU) pada Ahad dengan pemantauan rapi doktor. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!