Spurs tersentak dilanyak Newcastle

Penyerang Newcastle, Jacob Murphy (dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama Joe Willock (tiga dari kanan) di St James' Park pada Ahad.
Penyerang Newcastle, Jacob Murphy (dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama Joe Willock (tiga dari kanan) di St James' Park pada Ahad.
A
A
A

MISI Tottenham Hotspur menempah slot Liga Juara-Juara musim depan semakin sukar selepas mengalami kekalahan 1-6 kepada Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James' Park pada Ahad.

Ia merupakan kekalahan terbesar dialami skuad The Lilywhites itu yang menyaksikan gawang mereka dibolosi lima gol dalam tempoh 21 minit pertama perlawanan.

Sebaliknya, Newcastle terus mengukuhkan kedudukan dalam kelompok empat teratas apabila menduduki tangga ketiga - berkongsi 59 mata dengan Manchester United yang memiliki kelebihan dua perlawanan dalam tangan.

“Ia sangat memalukan. Perkara pertama yang perlu dilakukan, kami harus memohon maaf kepada penyokong yang hadir dan menyaksikan perlawanan ini.

“Kami tidak menunjukkan sesuatu yang baik hari ini. Kami tidak mampu menyamai prestasi pemain Newcastle, kami lambat dari setiap sudut perlawanan.

“Kami nyata ketinggalan pada babak pertama perlawanan. Babak kedua adalah kisah berbeza tetapi ia amat menyakitkan hati kami semua,” kata penjaga gol Spurs, Hugo Lloris.

Sebaik babak kedua bersambung, Fraser Forster mengambil alih tugas menjaga gawang Spurs susulan masalah kecederaan yang dialami Lloris.

“Kami boleh cuba mencari alasan atas kekalahan ini. Jika kamu memasuki padang tanpa keinginan untuk menang pertarungan, ia menjadikannya sangat sukar,” jelas Lloris.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!