Rogol: Reman ibu, bapa tiri kanak-kanak disambung

Penemuan seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dalam keadaan tidak terurus di tepi jalan Batu 7 Segari di sini membongkar satu kejadian dera dan rogol.
Penemuan seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dalam keadaan tidak terurus di tepi jalan Batu 7 Segari di sini membongkar satu kejadian dera dan rogol.
A
A
A

MANJUNG - Tempoh reman ibu dan bapa tiri kepada kanak-kanak perempuan yang disyaki menjadi mangsa dera dan rogol disambung lima hari lagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintenden Chong Boo Khim berkata, tempoh reman terhadap wanita berusia 29 tahun dan lelaki berusia 26 tahun itu disambung sehingga 28 April ini.

Menurutnya, seorang lagi suspek lelaki berusia 40 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Tempoh reman selama tujuh hari ke atas semua suspek sebelum ini berakhir pada Ahad.

"Reman disambung bagi membolehkan siasatan terhadap kes tersebut diteruskan," katanya.

Sinar Harian pada 18 April lalu melaporkan penemuan seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dalam keadaan tidak terurus di tepi jalan Batu 7 Segari di sini membongkar satu kejadian dera dan rogol.

Hasil pemeriksaan dilakukan pihak perubatan mendapati, mangsa dipercayai telah dirogol dan didera berdasarkan kesan kecederaan lama dan baru pada tubuh mangsa.

Berdasarkan laporan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah telah membuat tangkapan ke atas ibu kandung dan dua bapa tiri mangsa disyaki terlibat dalam kejadian itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!