Mayat warga emas ditemukan dalam selut

Polis menemui mayat seorang warga emas di lopak air berselut di Bendang Pengkalan Haji Ali, B chok, Kelantan pada Ahad.- Gambar hiasan
Polis menemui mayat seorang warga emas di lopak air berselut di Bendang Pengkalan Haji Ali, B chok, Kelantan pada Ahad.- Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Polis menemui mayat seorang warga emas di lopak air berselut di Bendang Pengkalan Haji Ali, Bachok, Kelantan pada Ahad.

Timbalan Ketua polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Mohamad Zohan Seman berkata, siasatan mendapati mayat warga emas berusia 68 tahun itu ditemui kira-kira jam 1.16 petang dalam keadaan terlentang dalam lopak air berkenaan.

Menurut beliau, pemeriksaan ke atas mayat tiada sebarang kecederaan dan polis tidak menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa dan unsur-unsur jenayah.

"Mayat kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, polis mengklasifikasikan kematian sebagai mati mengejut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!