Op Selamat 20: Lima kematian direkodkan di Perak
IPOH - Lima kematian direkodkan di Perak setakat lima hari pelaksanaan Op Selamat 20 sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, jumlah itu melibatkan tiga kemalangan maut yang berlaku di seluruh negeri.
Menurutnya, dalam tempoh sama, sebanyak 586 kes kemalangan dicatatkan melibatkan pelbagai jenis kenderaan.
"Sebanyak 989 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan.
"Kesalahan paling tinggi adalah membabitkan halangan lalu lintas," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Beliau meminta semua pengguna untuk terus mematuhi peraturan jalan raya dan merancang perjalanan dengan baik bagi mengurangkan risiko kemalangan.
"Pastikan mendapat rehat yang mencukupi dan bertimbang rasa dengan pengguna jalan raya yang lain," katanya.
Op Selamat 20 digerakkan secara serentak di seluruh negara bermula 20 April sehingga 27 April ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!