Aliran trafik tinggi, perlahan di lebuh raya utama malam ini
Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), di utara, aliran trafik tinggi ke arah selatan dari Kepala Batas ke Hutan Kampung, Alor Setar Utara ke Gurun, Sungai Petani Utara ke Bertam dan Bukit Tambun ke Jawi.
"Selain itu, Bandar Baharu ke Sungai Perak, Simpang Pulai ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, Hentian Ladang Bikam ke Sungkai dan Tanjung Malim ke Rawang.
"Aliran trafik turut tinggi dan perlahan ke arah utara dari Tapah ke Simpang Pulai, Ipoh Utara ke Sungai Perak, Kuala Kangsar ke R&R Bukit Gantang dan Changkat Jering ke Jawi,” katanya.
Sementara itu, LLM menerusi Twitter memaklumkan situasi trafik sama juga dilaporkan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong sehingga ke Lentang dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!