Penduduk harap isu keretakan diatasi segera

Azizan melihat keretakan yang berlaku di Pangsapuri Taman Keramat Permai, di sini, tadi.
Azizan melihat keretakan yang berlaku di Pangsapuri Taman Keramat Permai, di sini, tadi.
A
A
A

AMPANG - Penduduk berharap pihak berkuasa dapat menangani segera isu keretakan bangunan di Pangsapuri Taman Keramat Permai, di sini.

Ketua Blok F, Azizan Dayak, 53, berkata penduduk di sini mahu agensi berkenaan menyelesaikan isu segera.

Menurutnya, penduduk tiada tempat tinggal lain, kos untuk sewa rumah lain pula mahal, mana kami nak cari duit.

"Penduduk juga berharap keretakan di flat ini dapat diperbaiki dan penduduk dapat pulang ke rumah masing-masing," katanya yang menetap di kawasan itu lebih 15 tahun," katanya.

Sementara itu seorang penduduk, Ahmad Zulkarnain Ahmad, 38, berkata, dia mendapati keretakan yang lebih serius di lantai rumah kawannya di tingkat empat pangsapuri itu.

"Saya tidak sangka retakan yang berlaku semakin serius, saya nampak dapur rumah di tingkat bawah melalui retakan di lantai," katanya.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, dia juga berharap perkara ini dapat diselesaikan oleh sebelum bulan puasa.

“Memang kami ingin segera pulang semula ke rumah kerana itu sahaja tempat tinggal yang kami ada, takkan kami sambut puasa di pusat pemindahan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan sama, seorang lagi penduduk, Azmi Adnan, 48, berkata, dia sekeluarga juga bimbang kerana keretakan berkemungkinan akan merebak ke kediamannya yang berada berhampiran Denham lokasi kejadian.

"Buat masa ini, pihak berkuasa sahkan tiada keretakan berlaku di blok kami. Saya berharap jiran-jiran yang terjejas bersabar dengan dugaan ini,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pihak polis serta Jabatan Kerja Raya berada di lokasi kejadian bagi melakukan kawalan keselamatan dan pemeriksaan.

Semalam, seramai 222 penghuni bangunan empat tingkat Blok F di Flat Taman Keramat Permai di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, susulan penemuan keretakan di bangunan itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!