Luqman Hakim teringat juadah raya ibu

Luqman Hakim bergambar di hadapan sebuah masjid di Iceland selepas menunaikan solat sunat Aidiltfri pada 1 Syawal lalu.
Luqman Hakim bergambar di hadapan sebuah masjid di Iceland selepas menunaikan solat sunat Aidiltfri pada 1 Syawal lalu.
A
A
A

PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsudin yang kini berada di bumi Eropah sekali lagi ‘bersendirian’ meraikan Hari Raya Aidilfitri tanpa keluarga di sisi.

Selepas dua tahun beraya di Belgium, tahun ini pemain kelahiran Kota Bahru, Kelantan berusia 21 tahun itu menyambut Aidilfitri di Iceland.

“Bila sebut pasal raya (Aidilfitri), satu perkataan terlintas di fikiran adalah semua masakan mak saya (Hasmah Che Soh).

“Ini adalah tahun ketiga saya tak beraya bersama-sama keluarga tercinta saya. Jadi saya harap tahun akan dapat bersama tahun depan dan raya seterusnya bersama keluarga, Insya-ALLAH.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada seluruh rakyat Malaysia dan seluruh keluarga saya tercinta,” kata Luqman Hakim di laman sosial Instagramnya.

Luqman Hakim kini mewakili kelab Liga Iceland, FC Njardvik selaku pemain pinjaman selepas dua tahun menyarung jersi kelab Liga Belgium, KV Kortrijk.

Perpindahan Luqman Hakim ke Iceland pada Februari lalu bagi membolehkan graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu mendapat minit permainan.

Menjelang sambutan Aidilfitri pada Jumaat lalu, Luqman Hakim berjaya meledak gol pertama ketika membantu FC Njardvik mengatasi KFA 4-1 dalam aksi pusingan 32 terbaik Piala Iceland.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!