Kilang produk makanan di Taiwan terbakar, ragut 7 nyawa
TAIPEI - Kebakaran yang berlaku pada Selasa di sebuah kilang pemproses makanan utama di Taiwan, Lian Hwa Foods Corp, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan tiga lagi kritikal.
Kebakaran berlaku kira-kira jam 6 pagi, menyebabkan 22 pekerja terperangkap sebelum pasukan Bomba Daerah Changhua tiba di lokasi kejadian.
Ketua Biro Bomba Daerah Shih Shun-jen berkata, 22 pekerja terperangkap berjaya dikeluarkan kira-kira jam 10.10 pagi.
Kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira jam 9.12 pagi dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.
Lian-Hwa Foods berkata, pihaknya mengesyaki kebakaran bermula apabila satu atau lebih mesinnya terbakar. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!