Mangsa banjir Terengganu terus meningkat

Banjir - Gambar Hiasan
Banjir - Gambar Hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Terengganu semakin buruk dengan jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,622 orang.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Lt.Kol.(PA) Che Adam A.Rahman berkata, sehingga jam 8 pagi ini, sejumlah 506 pusat pemindahan dibuka di daerah Hulu Terengganu, Kemaman dan Setiu.

Daerah Hulu Terengganu mencatatkan jumlah pemindahan paling tinggi iaitu melibatkan 1,161 mangsa dari 394 keluarga dan kesemua mereka ditempatkan di 9 pusat pemindahan.

Manakala di Kemaman, mangsa meningkat kepada 448 orang dari 109 keluarga dan mereka ditempatkan di 9 pusat pemindahan.

Di Setiu pula, sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Surau Kampung Mak Bakas, yang menempatkan 13 orang dari 3 keluarga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!