Pertanian hidroponik jana ekonomi tempatan
SHAH ALAM - Pertanian hidroponik didakwa dapat menjana ekonomi tempatan sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada bahan import.
Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Dr Rosni Adam berkata, cadangan itu juga dapat membantu rakyat menghasilkan pendapatan sendiri dalam pasaran tempatan.
"Misalnya singapura ada tanaman dalam bangunan, kena fikir diluar kotak. lagipun kita ada banyak tanah.
"Inisiatif tanaman ini perlu diberi tumpuan supaya ekonomi secara domestik dan tidak perlu lagi diimport.
"Dalam masa sama dapat merancak lagi ekonomi negara," katanya.
Beliau berkata demikian selaku panelis pada Wacana Sinar bertajuk ‘Sara Hidup: Rakyat Masih Tersepit? yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.
Turut menjadi panel ialah Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan dan Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Izham Nayan manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.
Tambah Rosni, semua pihak termasuk kerajaan dan pembangkang dapat mengembleng tenaga bagi memulihkan ekonomi.
Ujarnya, pelaksanaan subsidi bersasar perlu ada mekanisme yang tepat selain kerajaan perlu ada kapasiti untuk melakukannya.
"Begitu juga moratarium, saya juga berpandangan bahawa ia boleh juga didasarkan semula bukan maksud kita nak meniru atau sebagainya tetapi untuk kebaikan rakyat," ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!