Presiden kelab Al-Nassr, Al-Muammar letak jawatan

Musalli Al-Muammar (kiri) bersama Cristiano Ronaldo. Al-Muammar yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Kelab Al-Nassr, meletakkan jawatannya sebagai Presiden kelab bola sepak Arab Saudi itu. - Foto fail Awani
Musalli Al-Muammar (kiri) bersama Cristiano Ronaldo. Al-Muammar yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Kelab Al-Nassr, meletakkan jawatannya sebagai Presiden kelab bola sepak Arab Saudi itu. - Foto fail Awani
A
A
A

MUSSALLI Al-Muammar, Pengerusi Lembaga Pengarah Kelab Al-Nassr, meletakkan jawatannya sebagai Presiden kelab bola sepak Arab Saudi itu

Surat peletakan jawatannnya dikemukakan kepada Kementerian Sukan, lapor portal berita Saufi Gazette yang memetik sumber.

Peletakan jawatan ketua kelab di Riyadh ini difahamkan berkait rapat dengan tekanan daripada peminat susulan dua kekalahan berturut-turut kelab berkenaan dalam tempoh seminggu.

Al-Nassr yang membarisi bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo kalah 0-2 kepada kelab Al-Hilal Riyadh dalam perlawanan Liga Pro Saudi pada 18 April lalu.

Kekalahan itu membolehkan Al-Ittihad, yang merupakan ketua liga, memperluaskan kelebihannya kepada enam mata.

Al-Nassr juga tersingkir daripada Piala Raja Juara setelah kalah dalam perlawanan separuh akhir 1-0 kepada Al-Wehda pada Isnin.

Dijangkakan peletakan jawatan Al-Muammar akan diterima dalam tempoh dua hari akan datang sekali gus lembaga pengarah semasa akan dibubarkan.

Dalam masa sama, Setiausaha Agung kelab berkemungkinan besar akan dilantik untuk mengendalikan urusan kelab untuk tempoh yang akan datang sebelum tarikh untuk mengadakan mesyuarat agung dan pencalonan Presiden Al-Nassr dibuka sebelum akhir musim ini.

Al-Muammar, yang pernah menjadi Ketua Liga Pro Saudi mengambil alih jawatan Presiden kelab pada 1 April 2021, menggantikan Safwan Al-Suwaiket. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!