Lebih 3.4 juta penyimpan BSN SSP direkod sehingga Mac 2019

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lebih 3.4 juta penyimpan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) dengan jumlah simpanan sebanyak RM3.33 bilion telah direkodkan sehingga Mac tahun ini.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Yunos Abd Ghani berkata, sebagai sebuah bank yang dimandatkan kerajaan untuk menggalakkan masyarakat Malaysia terutamanya golongan muda untuk menyimpan, BSN sentiasa memperkenalkan produk-produk dengan ciri-ciri simpanan yang menguntungkan seperti BSN SSP.

“Sebagai inisiatif kami untuk terus menggalakkan orang ramai menyimpan, kami telah memperkenalkan cabutan baharu dengan jumlah ganjaran yang lebih lumayan khusus untuk penyimpan BSN SSP pada tahun ini.

“Ini juga bermakna, lebih banyak peluang dan lebih banyak ganjaran yang boleh dinikmati oleh orang ramai di luar sana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai boleh merebut peluang untuk mendapat kadar keuntungan menarik melalui BSN SSP Edisi Khas dan berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan setiap bulan.

“Penyimpan BSN SSP juga berpeluang untuk memperoleh kadar keuntungan sehingga 2.5 peratus melalui kempen ini yang bermula dari 15 Disember 2018 hingga 30 Jun 2019,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!