United minat dapatkan Neymar

Neymar
Neymar
A
A
A

MANCHESTER United dilaporkan sedang mengikuti rapat bintang Paris Saint-Germain (PSG) Neymar yang berkemungkinan menjadi sasaran perpindahan kelab itu dalam beberapa bulan akan datang.

Neymar, 31, telah meledak lebih 100 gol untuk bekas kelabnya Barcelona dan dengan PSG serta 77 gol dalam 124 penampilan antarabangsa untuk Brazil.

Bagaimanapun, Neymar sedang bergelut dengan kecederaan buku lali yang serius pada Februari dan menandakan kempen bola sepaknya untuk musim ini berakhir lebih awal.

Selepas mencipta rekod perpindahan paling mahal dalam sejarah bola sepak dunia pada 2017, Neymar boleh membuat keputusan jika dia mahu meninggalkan Paris.

Menurut Foot Mercato, United telah memerhatikan situasi Neymar selama beberapa bulan tetapi mereka tidak akan dapat meneruskan sebarang rundingan sehingga penjualan kelab itu dimuktamadkan.

Laporan itu turut menyatakan beberapa pemain bintang akan dibawa masuk ke Old Trafford sekiranya berlaku penjualan kelab dan Neymar akan berada di bahagian atas senarai itu.

Sementara itu, The Mirror menambah Chelsea juga berminat dengan bintang Brazil itu, namun keputusan muktamad akan dibuat oleh Neymar pada masa akan datang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!