Elak berada di kawasan lapang semasa kilat, petir

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Orang ramai dinasihatkan agar menjauhi kawasan lapang terbuka seperti padang bola sepak sekiranya berlaku kilat ataupun petir, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, Datuk Seri Safar Untong.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, berkata, kejadian kilat dan petir, yang antaranya menyebabkan kematian seorang remaja lelaki di Papar pada Selasa berlaku di beberapa tempat ketika ini dan boleh menyambar manusia sekiranya mereka berada di kawasan terbuka seterusnya mengakibatkan kecederaan serius serta membawa maut.

"Orang awam dinasihatkan supaya menjauhi kawasan lapang terbuka seperti padang bola dan kawasan kawasan lapang lain sekiranya berlaku petir ataupun kilat bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Dalam kejadian petang Selasa, remaja orang kurang upaya (OKU) Muhmmad Zulqilfle Redzwan, 13, maut, manakala rakannya Assiy Qusyairy, 13, cedera parah akibat disambar petir ketika bermain bola sepak di Padang Pekan Papar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan itu pada 4 petang dan Muhmmad Zulqilfle disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya dikejarkan ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!